2024-09-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
ALOR SETAR,22 September - Empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kedah ditutup berikutan keadaan banjir beransur pulih.
Ia melibatkan tiga PPS di daerah Kubang Pasu di SK Malau,SK Bandar Darulaman dan SMK Mahawangsa dan satu PPS di Pokok Sena di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Pokok Sena.
Menurut Seketeriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana JBPN Negeri Kedah,setakat pukul 12.00 tengah hari tadi jumlah penduduk terjejas banjir di negeri itu berkurangan kepada 8,215 berbanding 8,866.
Kesemua mereka ditempatkan di 40 PPS di lima daerah.
"Daerah Kota Setar mencatat angka tertinggi iaitu 4,998 penduduk melibatkan 1,602 keluarga yang ditempatkan di 18 PPS. Pendang 1,551 penduduk melibatkan 465 keluarga ditempatkan di 10 PPS.
"Di Kubang Pasu tiga PPS ditutup pada 11.00 pagi tadi. Jumlah penduduk terjejas banjir kini berkurangan kepada 793 penduduk melibatkan 246 keluarga ditempatkan di tujuh PPS.
Sementara itu di daerah Pokok Sena seramai 726 penduduk melibatkan 216 keluarga ditempatkan di empat PPS dengan satu PPS telah diarahkan ditutup pada 8.45 pagi tadi.
Daerah Bandar Baharu seramai 147 penduduk daripada 34 keluarga yang ditempatkan di satu PPS iaitu di SK Sungai Kechil Ulu.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur