2024-09-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) menyempurnakan gimik perasmian Hari Inovasi dan Persidangan Pengurus Kanan,Jurutera Daerah Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia 2024 / FOTO BERNAMA
JOHOR BAHRU,22 September- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) komited memperkukuhkan pelaksanaan transformasi sektor air,bagi membekalkan air yang selamat kepada rakyat menerusi adaptasi teknologi pintar dan pendigitalan.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof,merangkap Menteri PETRA berkata transformasi sektor air bakal memastikan sumber air negara mejadi hab dinamik kepada pembangunan ekonomi di Malaysia selain dapat mewujudkan peluang pekerjaan baharu serta memudahkan cara penyelidikan dan pembangunan (R&D).
"Dalam konteks ini,PETRA memainkan peranan penting dalam memperkasa tadbir urus air di peringkat Kerajaan Persekutuan,Negeri dan Kerajaan Tempatan ke arah pengurusan air yang bersepadu.
"Transformasi sektor air ke arah pengurusan air yang lebih cekap memerlukan sistem maklumat berintegrasi bagi memudahkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri.
"Ini penting untuk melindungi keselamatan air dan kemampanan ekosistem demi masa depan yang baik,"katanya.
Sementara itu,beliau turut mengulas Jabatan Pengairan dan Saliran selaku agensi bertanggungjawab dalam pengurusan banjir perlu merancang dan mengambil tindakan termasuk langkah-langkah pasca banjir di kawasan terlibat seperti menaik taraf ban tembok penahan banjir,penyelenggaraan kolam takungan banjir serta lain-lain.
Beliau ditemui semasa Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Persidangan Pengurus Kanan & Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia 2024 di Johor Bahru,Johor.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur