2024-09-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Fadillah berucap pada perasmian Hari Inovasi dan Persidangan Pengurus Kanan,Jurutera Daerah Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia 2024 / FOTO BERNAMA
JOHOR BAHRU,22 September- Pendirian Malaysia yang berpegang teguh kepada pegangan bebas dan negara berkecuali perlu dimanfaatkan sepenuhnya terutama dalam sektor perniagaan.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof bekata Malaysia perlu mengambil peluang hasil daripada hubungan akrab yang dibina bersama Amerika Syarikat,China dan Rusia berikutan dasar berkenaan telah dikenali di peringkat global.
"Sampai sekarang kita masih mengekalkan dasar berkecuali maknanya kita berkawan dengan semua orang. Yang penting hubungan kita di peringkat nasional ataupun dunai ialah daripada segi perniagan dan pelaburan.
"Kita hendak mencari sesiapa sahaja yang mahu berkawan dengan kita tapi dalam konteks ekonomi sahaja bukannya politik kerana kita berkecuali. Sebab itu kita berkawan dengan Amerika Syarikat,kita berkawan dengan Eropah,kita berkawan dengan China dan sebagainya," katanya.
Tambahnya,Malaysia perlu mengimbangi kerjasama antara kedua-dua pihak dan tidak menyebelahi satu pihak semata bagi memastikan kestabilan di rantau ini.
Kerjasama itu sekali gus dapat memperoleh pelabur daripada seluruh negara dan penting untuk kebajikan serta memberi manfaat kepada negara.
Beliau ditemui semasa Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Persidangan Pengurus Kanan & Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia 2024 di Johor Bahru,Johor
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur