2024-09-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,22 September- Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah melancarkan serbuan ke atas dua premis berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd serta menemukan sebanyak 63 barangan berkaitan ajaran tersebut.
JAIPs menerusi satu kenyataan memaklumkan,serbuan tersebut dilaksana menerusi operasi bersepadu bersama pasukan Polis Diraja Malaysia pada semalam.
Operasi berkenaan dilaksanakan bagi tujuan penguatkuasaan,selaras dengan Fatwa Ajaran Sesat Berunsur Batiniah yang telah diwartakan pada 28 Ogos 2024.
"Sehubungan itu,umat Islam di seluruh negeri Perlis adalah dinasihatkan untuk menjauhi ajaran yang telah difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.
"Jabatan ini meminta agar mana-mana pihak dan individu untuk tampil memberikan maklumat berkaitan ajaran ini untuk tindakan pihak berkuasa.
"Tindakan selanjutnya akan dilaksanakan oleh Jabatan ini mengikut lunas perundangan dan peraturan yang berkuatkuasa," menurut kenyataan JAIPs.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur