2024-09-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO RTM
JITRA,22 September- Banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah Kubang Pasu,Kedah kini telah surut dan pulih sepenuhnya.
Bagaimanapun bencana alam itu meninggalkan kesan yang cukup mendalam terutama melibatkan kira-kira 20 rumah di Kampung Padang Luar,Jalan Wang Tepus yang diseliputi lumpur.
Seorang penduduk,Abu Bakar Othman,65 tahun berkata banjir yang berlaku beberapa hari lalu menyebabkan beliau hanya sempat menyelamatkan ahli keluarga,kenderaan dan haiwan ternakan.
Manakala barangan lain seperti perabot,barangan elektrik dan sebagainya tidak dapat diselamatkan kerana air sungai naik mendadak hingga mencecah paras bumbung rumah.
"Perabot,barangan elektrik 90 peratus (rosak) sekali dengan bilik tidur,terima kasih jabatan-jabatan yang berkenaan tolong saya dan kami empat buah rumah," katanya.
Prihatin dengan musibah yang banjir yang menimpa penduduk,UMNO Bahagian Kubang Pasu dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Kedah dan Madrasah Tahfiz Taufiqillah turun padang membantu membersihkan rumah penduduk terlibat.
Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu,Datuk Aminuddin Omar berkata,mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi membersihkan kediaman serta mencuci barangan yang masih boleh diguna semula.
Katanya,kerja-kerja pembersihan akan dilakukan selama beberapa hari lagi.
"Saya menyerulah kepada rakan-rakan pertubuhan sukarela NGO dan sebagainya yang sekiranya ada yang berkelapangan dan kita bina team,wujudkan team untuk sama-sama bantu masyarakat. Memang kita tengok cukup-cukup terkesan,susah kita nak pilih satu-satu barang yang perlu kita cuci.
"Ada yang rosak,yang tidak rosak yang boleh dicuci yang untuk diguna semula itu memerlukan penelitian dan memerlukan satu pasukan yang benar-benar boleh datang bukan sekadar sebagai pelawat tetapi untuk sama-sama bantu masyarakat disini mencuci semua barangan terbabit," kata Datuk Aminuddin Omar.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur