2024-09-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO JBPM JOHOR
JOHOR,22 September- Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan ke selatan terbabas ke dalam longkang di bahu jalan dekat Kilometer 91.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) awal pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.56 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng serta bantuan dari BBP Ayer Hitam dengan kekuatan 14 anggota segera digerakkan ke lokasi kejadian bersama dua jentera FRT dan satu kenderaan Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).
Menurut Komander Operasi,Pegawai Bomba Muhammad Farhan Ahmad,kemalangan itu menyebabkan 11 penumpang terperangkap dalam bas berkenaan.
Bomba mendapati pintu bas rosak menyebabkan penumpang tidak dapat keluar daripada kenderaan tersebut.
Pasukan penyelamat bertindak memotong bahagian kenderaan terbabit menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kesemua mangsa melalui cermin hadapan.
Semasa operasi penyelamatan,lima mangsa mengalami kecederaan termasuk pemandu bas.
Pemandu bersama seorang penumpang diberikan rawatan segera oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian,manakala tiga lagi mangsa dihantar ke hospital oleh bomba menggunakan kenderaan Unit EMRS.

Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur