2024-09-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO JBPM KELANTAN
TANAH MERAH,22 September- Seorang lelaki ditemukan maut setelah tertimbus dalam tanah ketika melakukan kerja-kerja mencari emas di Kampung Cabang Bijih,Perala,Sokor,di sini,semalam.
Kejadian berlaku sekitar pukul 4.11 petang dan panggilan kecemasan diterima oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM)untuk bantuan mengambil mayat tertimbus.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kemahang segera digerakkan ke lokasi kejadian bersama Komander Operasi,Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rohapzal Mohd Hussain.
Mangsa,56 tahun,kemudian ditemukan tertimbus dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.
Mayat mangsa diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur