2024-09-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick/ Foto fail
KOTA KINABALU,22 September - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menyalurkan pembiayaan sebanyak RM98.9 juta kepada 4,400 usahawan informal dan mikro di Sabah pada tahun ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata,jumlah berkenaan melebihi sasaran iaitu RM84.5 juta.
"Pembiayaan RM98.9 juta itu termasuk RM1.91 juta yang disalurkan kepada 480 usahawan yang berniaga di Pasar Tamu.
"TEKUN Nasional akan terus komited dalam membantu usahawan informal dan mikro dalam menyediakan pembiayaan serta pembangunan usahawan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat TEKUN Sabah dan Pejabat TEKUN Cawangan Kota Kinabalu,di sini.
Ewon berkata sejak diwujudkan pada 1998 hingga kini,TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan perniagaan kepada 587,216 usahawan yang bernilai RM9.7 bilion di seluruh negara.
"Bagi negeri Sabah,TEKUN Nasional telah menyalurkan RM1.1 bilion kepada 64,313 usahawan bagi tempoh yang sama melalui 25 pejabat TEKUN Cawangan," katanya.
Sementara itu,Ewon berkata pembukaan pejabat TEKUN Sabah di lokasi yang baharu ialah langkah memperkukuh kedudukan serta memberi manfaat kepada para usahawan bagi seluruh Sabah khususnya di Kota Kinabalu.
"Ini merupakan inisiatif penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan dan saya yakin TEKUN Nasional akan terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatannya kepada masyarakat terutama usahawan informal dan mikro di seluruh negara," katanya.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur