2024-09-24 HaiPress
Ketua Sektor Inisiatif Antirasuah,Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) SPRM,Mohd Nur Lokman Samingan
KUALA LUMPUR,24 September - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus memperkukuh peranannya bagi menangani isu rasuah dalam organisasi.
Ketua Sektor Inisiatif Antirasuah,Mohd Nur Lokman Samingan berkata,pihaknya akan bekerjasama rapat dengan organisasi terlibat termasuk menggunakan pendekatan turun padang dan bersemuka.
"Kita akan mendekati jabatan dan organisasi berkenaan. Kita akan memberikan cadangan syor serta nasihat kepada ketua jabatan dan syor-syor itu perlulah dilaksanakan oleh jabatan berkenaan supaya isu-isu itu tidak berulang di masa akan datang." katanya.
Tambahnya,setiap anggota masyarakat juga perlu memainkan peranan bersama SPRM,bagi menangani isu tersebut dengan lebih berkesan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Selamat Pagi Malaysia di TV1.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur