2024-09-24 HaiPress
FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,24 September - Sebanyak 6,833 penduduk terjejas banjir di Kedah dan Perak masih ditempatkan di 34 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8.00 pagi ini berbanding 7,210 orang malam tadi.
Di Kedah penduduk terjejas berkurangan kepada 6,804 orang daripada 2,173 keluarga berbanding 7,181 orang malam tadi yang ditempatkan di 33 PPS di empat daerah terjejas.
Kota Setar masih merekodkan jumlah penduduk terjejas banjir tertinggi iaitu 4,638 orang diikuti Pendang (1,606),Kubang Pasu (493) dan Pokok Sena sebanyak 67 orang.
Laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan hanya Sungai Laka di Kampung Padang Pasir,Kubang Pasu melebihi tahap bahaya dengan paras air setinggi 22.12 meter (m).
Di Perak,Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah penduduk terjejas banjir kekal 29 orang daripada tujuh keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak,Kerian.
Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),Sungai Perak di Teluk Sena berada pada tahap bahaya dengan paras air 13.20m.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur