2024-09-24 HaiPress
Ketua Pengarah Maritim Malaysia,Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah menyampaikan amanat pada Isnin / FOTO MARITIM MALAYSIA
KUALA LUMPUR,24 September- Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia),Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah menyatakan komitmennya untuk memperkukuh dan memodenkan aset - aset pasukan melalui projek perolehan yang telah dirancang seperti Kapal MPMS (Multipurpose Mission Ship),Kapal Ex USCG Cutter serta empat buah helikopter AW189.
Selaku ketua pengarah baharu,beliau turut komited akan memastikan segala sumber,latihan serta keperluan agensi berkenaan akan diusahakan dalam memastikan Maritim Malaysia terus cemerlang seiring visi agensi untuk menjadi antara agensi penguatkuasaan maritim yang terbaik di dunia.
"Namun pegawai dan anggota Maritim Malaysia tidak boleh mengharapkan kecanggihan aset semata-mata tetapi perlu menyesuaikan diri,berinovasi dan memiliki perkembangan modal insan dalam menjalankan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan.
"Semua pegawai dan anggota perlu menjadi sebuah pasukan yang sentiasa bersedia,profesionalisme,berkemahiran serta mempunyai komitmen yang teguh bagi melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan," katanya.
Beliau berkata,ia susulan kepentingan pemerkasaan operasi berikutan cabaran yang semakin dinamik dihadapi pihak agensi seperti isu pencerobohan,pemerdagangan orang dan penyeludupan migran,penangkapan ikan secara haram,penyeludupan dadah dan kontraban serta banyak lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Amanat Ketua Pengarah Maritim Malaysia pada Isnin.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia,Kepten Kehormat Maritim Tuan Mohd Norzam Mustapa serta pegawai-pegawai kanan Ibu Pejabat Maritim Malaysia.
Menerusi amanat tersebut,Datuk Mohd Rosli memaklumkan,visi yang dibawanya dalam memacu agensi berkenaan adalah bina budaya kepimpinan,akauntabiliti,integriti dan saling menghormati.
Tambahnya,sikap berkenaan juga perlu ditonjolkan oleh warga Maritim Malaysia di semua peringkat melalui kapasiti dan peranan masing-masing berpandukan kepada Tujuh Teras Pemerkasaan Maritim Malaysia yang menjadi tonggak utama dalam mewujudkan reformasi agensi tersebut sepanjang dalam kepimpinan beliau.
Antara tujuh teras yang disebutkan adalah Kepimpinan Proaktif dan Inklusif,Taat Setia,Pembangunan Modal Insan dan Organisasi,Pengukuhan Tatakelola,Kesiapsiagaan Aset,Penggunaan Teknologi Terkini dan Pengukuhan Jalinan Kerjasama.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur