2024-09-24 HaiPress
FOTO APM KERIAN
IPOH,24 September- Perkembangan banjir di Perak setakat pukul 12 tengah hari tadi menyaksikan jumlah penduduk terjejas kekal 29 orang daripada tujuh keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan,satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Kerian.
PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak dibuka sejak Jumaat lalu menempatkan penduduk dari Kampung Changkat Lobak.
Sementara itu,Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan,paras air Sungai Perak di Teluk Sena dalam daerah Perak Tengah berada pada tahap bahaya iaitu 13.20 meter.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula meramalkan hujan lebat berserta ribut petir dijangka berlaku di kesemua daerah di negeri ini pada sebelah petang nanti.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur