2024-09-24 HaiPress
Foto BERNAMA
GEORGE TOWN,24 September - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang memberi jaminan bahawa bekalan minyak masak polibeg satu kilogram bersubsidi di negeri itu,mencukupi.
Pengarahnya S Jegan berkata,pihaknya menjalankan pemeriksaan berkala secara harian dan mingguan di peringkat pengilang,pembungkus,pemborong dan juga peruncit,bagi memantau keberadaan minyak masak polibeg itu di pasaran.
Berdasarkan pemeriksaan,pengedaran minyak masak polibeg bersubsidi untuk tempoh 1 hingga 20 September lepas,adalah berjumlah 2,060,000 paket.
"Kami telah menggerakkan 134 pegawai penguat kuasa seluruh Pulau Pinang bagi memantau serta menangani isu kekurangan bekalan tersebut."
"Bermula 1 Jan lepas hingga kini sebanyak 37,705 pemeriksaan telah dilaksanakan oleh pegawai penguat kuasa di seluruh negeri dan mendapati bekalan minyak masak polibeg mencukupi namun tidak dinafikan berlaku kekurangan bekalan disebabkan permintaan tinggi daripada pengguna serta pusingan jadual penghantaran daripada pihak pembekal," katanya dalam kenyataan hari ini.
Berdasarkan hasil pemeriksaan dan maklum balas peniaga mendapati,tiada isu kekurangan bekalan terhadap minyak masak polibeg,kerana peniaga menerima bekalan daripada pembekal mengikut tempahan.
Setakat ini KPDN telah menerima 87 aduan berkaitan barang kawalan dengan lima kes membabitkan pembelian bersyarat.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur