2024-09-24 HaiPress
Ketua Polis Kedah,Datuk Fisol Salleh
SUNGAI PETANI,24 September- Polis Kedah menggesa orang ramai mengambil gambar kenderaan yang diubah suai dan menularkannya di media sosial sebagai salah satu usaha membendung kes lumba haram dan 'mat rempit'.
Ketua Polis Kedah,Datuk Fisol Salleh berkata kerjasama orang awam penting bagi mengesan kenderaan berbahaya yang merisikokan pengguna jalan raya lain.
Beliau berkata pihaknya akan terus mengesan pemilik-pemilik motosikal yang diubahsuai sehingga ke tempat kerja atau rumah,selain melakukan pemeriksaan di bengkel-bengkel yang didapati membuat ubahsuai motosikal secara tidak sah.
"Saya minta warga Kedah,sila ambil gambar jika ternampak kenderaan sama ada kereta atau motosikal,malah basikal juga,jika motosikal diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi,tayar sotong,brek dibuang,karburator dinaik taraf untuk merempit,ambil gambar... tularkan.
"Jika kenderaan ini berada di jalan raya... ambil gambar,polis akan mengesan mereka sehingga ke rumah," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Sidang Media Pelupusan Barangan Narkotik dan Kes Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini,hari ini.
Ujarnya,arahan penguatkuasaan telah dikeluarkan di semua IPD di negeri ini khususnya bahagian trafik dan jabatan lain yang berkenaan.
"Kita nak tangani itu ini bersama... tak mahu ada kereta atau motosikal terutamanya yang diubah suai kerana ia bukan hanya membahayakan nyawa penunggang,malah orang awam.
"Kita harap dengan kerjasama semua pihak,orang awam dan pihak berkuasa,semua ini dapat ditangani bersama," katanya.
Sementara itu,Fisol berkata sebanyak 330 barang rampasan termasuk 242 ekzos,77 'swing arm' dan lima karburator yang disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan,dilupuskan hari ini.
"Keseluruhan bahan rampasan pada tahun ini berjumlah 1,412 barang,namun pada 11 Julai lalu,sebanyak 302 barang telah dilupuskan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman dan mengeluarkan arahan pelupusan," katanya.
Bagi kes narkotik pula,beliau memaklumkan sejumlah RM2.9 juta nilai keseluruhan pelbagai jenis dadah,membabitkan 2,826 kertas siasatan akan dilupuskan esok oleh sebuah syarikat lantikan kerajaan di Negeri Sembilan.
Tambahnya lagi,pelupusan barangan rampasan bagi kes trafik dan narkotik ini merupakan kes bagi tahun 2013 sehingga tahun 2022.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur