2024-09-24 HaiPress
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2024 akan diumumkan pada 1 Oktober ini / Foto Hiasan / Bernama
PUTRAJAYA,24 September - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2024 akan diumumkan pada 1 Oktober ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan,seramai 8,195 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU Tahun 2024 di 187 pusat peperiksaan di seluruh negara.
"Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2024 secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my bermula pukul 10 pagi pada 1 Oktober sehingga 6 petang 7 Oktober," menurut KPM menerusi kenyataan.
Selain itu,calon juga boleh menyemak keputusan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMU<NoKP><AngkaGiliran> dan menghantar ke 15888.
"Perkhidmatan SMS akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 1 Oktober hingga 6 petang pada 7 Oktober," menurut KPM.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur