2024-09-24 HaiPress
Bank Negara Malaysia / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,23 September - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM28.20 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.70 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik,terdiri daripada tender bernilai RM1.85 bilion untuk 30 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 91 hari.
Ia akan turut menjalankan tender repo berbalik semalaman bernilai RM4.0 bilion untuk satu hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM350 juta untuk tiga hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM35.1 bilion dan RM22.0 bilion untuk tender semalaman Murabahah.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur