2024-09-24 HaiPress
Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,23 September- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Isnin susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM37.30 bilion daripada RM28.20 bilion pagi ini manakala dana Islam berkurangan kepada RM18.09 bilion daripada RM21.70 bilion sebelumnya.
Terdahulu,bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik,satu tender repo berbalik semalaman dan tender repo berbalik Islam.
BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Selain itu bank pusat juga menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM37.3 bilion daripada RM35.1 bilion.
Pada 4 petang,BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM37.30 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM18.10 billion,kedua-duanya untuk tempoh matang sehari.
Setakat 20 Sept,2024,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. - BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur