2024-09-24 HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,23 September- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini disebabkan kejatuhan pasaran niaga hadapan getah serantau,di tengah-tengah kebimbangan mengenai ekonomi China yang perlahan dan konflik di Asia Barat yang makin meningkat.
Seorang peniaga berkata peserta pasaran turut memberi reaksi terhadap data terkini import getah asli (NR) China.
Beliau berkata China dilaporkan mengimport 459,700 tan getah asli pada Ogos 2024,turun daripada 504,700 tan pada bulan yang sama tahun lepas.
Jumlah import bagi tempoh Januari-Ogos 2024 ialah 3.245 juta tan,turun 20.4 peratus daripada tempoh yang sama pada 2023.
Bagaimanapun,harga minyak mentah yang lebih rendah dan langkah-langkah rangsangan baharu China untuk menyokong ekonominya telah mengehadkan kejatuhan harga komoditi itu.
Bank Rakyat China (PBOC) dilaporkan telah menyuntik 234.6 bilion yuan (AS$33.29 bilion) ke dalam sistem perbankan melalui operasi pasaran terbuka untuk melonggarkan dasar monetari seterusnya.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) turun 13.5 sen kepada 821.5 sen sekilogram,manakala lateks pukal susut 1.5 sen kepada 686.5 sen sekilogram.
Pada 5.00 petang,GMM 20 berada pada 815 sen sekilogram dan lateks pukal berharga 689.5 sen sekilogram. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur