2024-09-24 HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,23 September- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini,disokong oleh impak daripada penurunan kadar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS).
Kontrak niaga hadapan emas September 2024 meningkat kepada AS$2,624.50 setiap auns troy daripada AS$2,614.20 pada Jumaat minggu lepas.
Sementara itu,kontrak Oktober,November,Disember 2024,Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup tinggi pada AS$2,637.30 setiap auns troy daripada AS$2,627.00 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan meningkat kepada 13 lot daripada 12 lot manakala kepentingan terbuka naik kepada 45 kontrak daripada 44 kontrak.
Harga emas fizikal berada pada AS$2,605.85 setiap auns troy mengikut harga London Bullion Market Association pada 20 September. -BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur