2024-09-24 HaiPress
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,23 September - Majlis Getah Malaysia (MRC) mengunjurkan eksport getah dan produk getah Malaysia akan melangkaui RM30 bilion menjelang akhir tahun,dirangsang oleh prestasi kukuh pada separuh pertama 2024.
MRC dalam kenyataan menyatakan eksport getah serta produk berkaitan meningkat ketara pada separuh pertama 2024 untuk mencecah RM15.5 bilion,menokok 16.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Dalam kenyataan sama MRC menjelaskan produk getah menyumbang 70.5 peratus daripada jumlah keseluruhan atau RM10.9 bilion,manakala eksport getah menyampaikan RM4.6 bilion,mencerminkan pertumbuhan dari tahun ke tahun sebanyak 29.4 peratus.
"Sarung tangan getah kekal sebagai penyumbang terbesar apabila merangkumi 62.5 peratus daripada jumlah produk getah yang dieksport,mencecah RM6.8 bilion pada separuh pertama 2024 berbanding RM5.8 bilion yang disaksikan semasa separuh pertama 2023,pertumbuhan 16.7 peratus yang agak mantap," jelas MRC.
Menurutnya sarung tangan perubatan menyumbang sejumlah RM5.0 bilion,menunjukkan pertumbuhan 15.7 peratus selepas didorong oleh permintaan global yang berterusan untuk sarung tangan Malaysia berkualiti tinggi,terutamanya daripada sektor penjagaan kesihatan. - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur