2024-09-24 HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,24 September- Sasaran defisit fiskal Malaysia sebanyak tiga peratus menjelang 2026 kekal mencabar,namun berupaya dicapai.
Menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC),meningkatkan metrik perbezaan kadar faedah pertumbuhan ekonomi dan mengehadkan pertumbuhan hutang di bawah lapan peratus setiap tahun,akan menyumbang kepada defisit fiskal lebih baik.
Jelas agensi penarafan itu,Malaysia berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran perbezaan kadar faedah,berdasarkan unjuran semasayang memberangsangkan.
Namun,memacu pertumbuhan ekonomi kekal penting bagi menambah baik perbezaan kadar faedah dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.
Kesalinghubungan pertumbuhan ekonomi dan kos faedah boleh menjadi penilaian alternatif kepada kemampanan fiskal,berbanding kaedah konvensional.
Purata perbezaan pertumbuhan kadar faedah menyusut kepada negatif 0.2 peratus tahun lalu,disebabkan pertumbuhan ekonomi domestik yang lebih rendah daripada jangkaan.
Namun,lebih baik berbanding ekonomi maju yang mencatat negatif 1.8 peratus dan pasaran baru muncul,negatif 1.9 peratus.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur