2024-10-15 HaiPress

Foto: FB Malaysian Meteorological Department
KUALA LUMPUR,15 Oktober- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi lapan negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya sehingga 1 tengah hari ini.
Berdasarkan amaran yang dimuat naik di media sosial jabatan pada 10.10 pagi,negeri yang dijangka mengalami ribut petir itu ialah Pulau Pinang,Selangor dan Melaka manakala di Pahang,melibatkan daerah Bentong serta Rompin.
Johor dijangka paling terjejas dengan cuaca itu,melibatkan Tangkak,Segamat,Muar,Batu Pahat,Kluang,Pontian,Kulai,Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara di Negeri Sembilan,daerah diramal terlibat ialah Seremban,Port Dickson,Rembau dan Tampin.
Cuaca sama juga diramal di Kubang Pasu,Kota Setar dan Bandar Baharu di Kedah manakala di Perak,melibatkan Kerian,Larut,Matang,Selama,Manjung dan Bagan Datuk.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur