2024-10-15 HaiPress

KUALA LUMPUR,15 Oktober - Malaysia tidak akan berganjak daripada isu tuntutan dan pendirian terhadap kawasan milik negara.
Bagaimanapun ruang perbincangan masih terbuka dengan negara jiran berhubung isu persempadanan.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,isu sempadan dihadapi negara ketika ini tidak menjurus terhadap pertikaian dengan China semata-mata.
Ia turut melibatkan negara jiran lain seperti Thailand,Filipina,Indonesia,Singapura dan Brunei.
Namun,perkara itu tidak seharusnya menjejaskan hubungan diplomatik,perdagangan dan persahabatan akrab antara negara.
"Pendirian kita tidak berganjak tentang kawasan milik Malaysia. Sebab itu cari gali minyak oleh Petronas termasuk di kawasan (projek gas) Kasawari diteruskan.
"Walaupun dibangkitkan oleh China,kita kata akan teruskan (cari gali) tapi tak pernah tutup ruang untuk berbincang dengan mana-mana negara," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kota Bharu,Datuk Seri Takiyuddin Hasan mengenai isu pertindihan tuntutan di Laut China Selatan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur