2024-10-15 HaiPress

Jurutera Rapid Rail sedang giat menjalankan kerja-kerja baik pulih sistem komponen di landasan yang rosak / Foto Rapid Rail
KUALA LUMPUR,15 Oktober - Rapid Rail Sdn Bhd,pengendali perkhidmatan rel Rapid KL,memaklumkan kerja-kerja baik pulih komponen landasan di antara Stesen Wangsa Maju dan Sri Rampai sedang giat dilakukan pasukan teknikal Rapid Rail.
Kejadian yang berlaku pada pukul 10:20 pagi tadi itu berpunca daripada aliran air hujan luar biasa yang mengalir masuk ke landasan aras tanah dan merosakkan beberapa komponen trek.
"Bekalan kuasa terpaksa dihentikan di kawasan tersebut bagi membolehkan pemeriksaan dan kerja baik pulih dijalankan. Tren perantara diaktifkan di antara Stesen Gombak dan Wangsa Maju,sementara tren dari arah Putra Heights berpatah balik di Stesen Wangsa Maju," menurut Rapid Rail menerusi kenyataan.
Sebanyak 12 bas perantara percuma disediakan dengan kekerapan setiap 15 minit untuk memudahkan penumpang meneruskan perjalanan.
Rapid Rail akan mengemas kini status perkhidmatan petang ini.
Penumpang dinasihatkan merancang perjalanan mereka dan merujuk media sosial Rapid KL untuk maklumat terkini mengenai perkhidmatan LRT laluan tersebut.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur