2024-10-15 HaiPress

Empangan Chenderoh- Foto TNB
IPOH,15 Oktober- Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan pelepasan air dari Empangan Chenderoh di Kuala Kangsar dilakukan secara terkawal dan terancang.
TNB dalam satu kenyataan memberitahu,pihaknya mengambil maklum mengenai mesej yang sedang tular mengenai pelepasan air dari Empangan Chenderoh dan kenaikan paras air Sungai Perak.
"Untuk makluman,pelepasan air terkawal di Empangan Chenderoh perlu dilakukan bagi mengimbangi kadar kemasukan dan pelepasan air ekoran kenaikan paras air berikutan hujan berterusan di kawasan tadahan yang luas.
"TNB bekerjasama erat dengan pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan bagi memastikan proses pelepasan air secara terkawal dan terancang dapat dilakukan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) demi keselamatan orang ramai," kata kenyataan itu.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak lengkap yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang awam.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut,boleh hubungi TNB dengan mesej peribadi di Facebook TNB CareLine atau mesej terus ke laman X di akaun @Tenaga_Nasional.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur