2024-10-15 HaiPress

Menteri KPDN,Datuk Armizan Mohd Ali.- Foto BERNAMA
PETALING JAYA,15 Oktober- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkenal dua strategi interim untuk melindungi pengguna berkaitan hak tebus rugi,terutama bagi pembelian kenderaan bermotor sebelum kerangka perundangan baharu berhubung Lemon Law dimuktamad.
Menteri KPDN,Datuk Armizan Mohd Ali berkata,menerusi kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi perbankan,strategi itu mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memproses permohonan surat persetujuan daripada pengguna.
Selain institusi perbankan terbabit diminta menubuhkan unit dalaman khusus untuk menerima serta memproses permohonan tersebut.
“Bermula 2 September lepas,pihak BNM telahpun keluarkan arahan meminta bank dan juga institusi kewangan supaya mewujudkan SOP bagi membolehkan pengguna memohon serta mendapatkan surat persetujuan.
“Susulan kerjasama itu,BNM telah mengarahkan institusi perbankan untuk melaksanakan kedua-dua inisiatif sebelum 3 Disember ini,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan syarikat Carsome Group di sini hari ini.
Beliau berkata strategi itu adalah inisiatif intervensi oleh kerajaan bagi memastikan pengguna mempunyai akses kepada penyelesaian yang adil dan berkesan sebelum pelaksanaan undang-undang berkenaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur