2024-10-15 HaiPress

Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR,15 Oktober- Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memperkenalkan beberapa kaedah untuk memastikan penangkapan ikan di perairan negara dapat dikawal dan tidak dieksploitasi secara berlebihan (overfishing).
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan antara kaedah tersebut termasuk menyenaraikan bubu naga sebagai peralatan larangan serta melabuhkan tukun tiruan di kawasan ditetapkan.
"KPKM dan DOF juga sedang dalam proses meminda Akta Perikanan 1985 (Akta 317) untuk meningkatkan kadar hukuman yang lebih berat sebagai langkah pencegahan terhadap pencerobohan oleh vesel penangkapan ikan tempatan.
"Pelan transformasi pukat tunda di Zon B juga telah dilaksanakan bagi mengelakkan eksploitasi berlebihan sumber perikanan," jelasnya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Sri Aman,Datuk Sri Doris Sophia Brodi.
Tambah Mohamad,KPKM melalui DOF juga melaksanakan Program Latihan dan Peluang Ekonomi sebagai alternatif kepada nelayan yang terjejas.
Nelayan digalakkan untuk mempelbagaikan produk bagi menjana pendapatan,seperti yang sedia ada.
"Selain menangkap ikan,nelayan juga harus berusaha,dengan sokongan daripada pelbagai agensi kerajaan,untuk terlibat dalam penghasilan produk seperti fishball,keropok dan sebagainya. Agrobank sentiasa bersedia membantu sekiranya mereka dapat mengemukakan pelan perniagaan yang diyakini," tambahnya.
Selain itu,KPKM juga menawarkan pinjaman mudah bawah Program Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan untuk membolehkan vesel nelayan diubah suai atau dinaik taraf.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur