2024-10-15 HaiPress

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.-Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,15 Oktober- Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan prosiding siasatan syarikat berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang beroperasi di luar negara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,meskipun melanjutkan siasatan ke luar negara bukan satu tugas mudah,PDRM telah menghubungi pihak berkuasa di 18 negara yang dipercayai menjadi lokasi syarikat berkenaan beroperasi.
“Pihak polis telah memulakan langkah menghubungi negara-negara berkenaan dengan mengguna pakai mutual legal assistance (MLA) bagi memudahkan kerjasama," katanya pada sesi penerangan menteri mengenai isu GISBH di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum ini,dilaporkan PDRM memperoleh maklumat berkaitan 23 harta milik GISBH di luar negara membabitkan 10 negara dengan anggaran nilai RM52.4 juta.
Dalam pada itu,Saifuddin Nasution memaklumkan,15 kes telah dituduh di mahkamah di seluruh negara dan menunggu tarikh perbicaraan.
Malah beliau berkata,terdapat kes melibatkan penderaan terhadap kanak kanak yang sudah disabitkan selepas tertuduh membuat pengakuan dan dihukum penjara selama 10 tahun.
“Wujud pelanggaran terhadap banyak undang-undang dan kita perlu menjalankan siasatan dengan betul,bertanggungjawab dan membiarkan proses undang-undang mengambil tempat yang sewajarnya.
“Yang jelas,tiada motif politik sama sekali dalam kerajaan mengendalikan kes ini dan jenayah terhadap kanak kanak telah berlaku,” katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur