2024-10-15 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,14 Oktober- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin,terjejas berikutan permintaan kukuh terhadap dolar AS dalam persekitaran peningkatan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS),kata pengarah urusan SPI Asset Management Stephen Innes.
Pada 6.00 petang,mata wang tempatan itu susut kepada 4.2945/2995 berbanding dolar AS 4.2865/2910 ketika ditutup pada Jumaat.
Innes berkata berikutan data inflasi yang meningkat minggu lepas,hasil bon AS kekal tinggi,dengan pasaran sudah mengambil kira kemungkinan kenaikan kadar 50 mata asas oleh Rizab Persekutuan AS.
“Sebaliknya,langkah-langkah rangsangan China baru-baru ini mengecewakan pelabur,mencerminkan kebimbangan yang lebih meluas terhadap ekonomi.
"Pasaran pertukaran asing (forex) kelihatan tidak terkesan dengan perkembangan terkini dan faktor ini telah menyumbang kepada dagangan ringgit yang lebih lemah hari ini," katanya kepada Bernama.
Mengulas berkaitan pembentangan belanjawan Malaysia akan datang,Innes berkata jika kerajaan Malaysia mengekalkan disiplin fiskal dan defisit fiskal kekal di bawah 4.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar tahun depan,ia seharusnya memberi kesan positif pada mata wang itu.
"Peniaga mungkin akan mengalihkan tumpuan mereka kepada belanjawan minggu ini," katanya.
Pada penutup dagangan,ringgit ditutup kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia menyusut berbanding euro kepada 4.6935/6989 daripada 4.6886/6935 Jumaat lepas,dan turun berbanding pound Britain kepada 5.6056/6121 daripada 5.6016/6075 sebelum itu.
Sementara itu,ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8743/8778 daripada 2.8780/8812 minggu lepas.
Mata wang tempatan itu juga kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit merosot berbanding baht Thai kepada 12.9310/9538 daripada 12.8504/8704 ketika ditutup pada Jumaat,turun sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.2868/2909 daripada 3.2824/2861 minggu lepas,dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 275.8/276.3 daripada 275.1/275.5 sebelum itu.
Bagaimanapun,ia naik berbanding peso Filipina kepada 7.47/7.49 daripada 7.49/7.50 minggu lepas. - BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur