2024-10-15 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,15 Oktober- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Selasa dengan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM43.07 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM17.77 bilion.
Bank pusat itu akan menawarkan tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion bagi tempoh 31 hari serta tender repo berbalik semalaman Islam bernilai RM1.0 bilion untuk sehari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh seminggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM44.6 bilion dan tender Murabahah semalaman sebanyak RM18.8 bilion. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur