2024-10-17 HaiPress

Foto/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,17 Oktober - Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini menetapkan dua hari bermula 20 Feb 2025,untuk perbicaraan kes penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies yang didakwa atas pertuduhan berkhalwat di sebuah unit kondominium pada Mac lepas.
Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan 20 dan 27 Feb 2025 untuk perbicaraan,selepas Pendakwa Syarie Masroha Duki dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memohon tarikh berkenaan.
“Untuk maklumat mahkamah,hari ini ditetapkan pengurusan kes dan pihak pendakwaan telah menyerahkan sesalinan senarai saksi pendakwaan kepada pihak mahkamah dan peguam."
“Oleh itu,mohon tarikh perbicaraan ditetapkan,” kata pendakwa syarie itu pada prosiding kes Mohamad Aliff Aziz dan Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas,di sini.
Terdahulu,peguam syarie Abdul Hadi Mohamad Salleh dan Muhammad Amirul Ashraf A.Ghani yang mewakili Mohamad Aliff dan Nur Ruhainies,mengesahkan perkara itu.
Pada 3 Julai,Mohamad Aliff,33,dan Nur Ruhainies,31,mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini,atas pertuduhan berkenaan.
Mohamad Aliff didakwa telah berada bersama Nur Ruhainies yang bukan isteri atau mahramnya dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak,bahawa tertuduh (Mohamad Aliff) melakukan perbuatan tidak bermoral di sebuah unit kondominum di Bukit Bintang pada 12.35 pagi,9 Mac.
Nur Ruhainies pula didakwa telah berada bersama Mohamad Aliff yang bukan suami atau mahramnya dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak,bahawa tertuduh (Nur Ruhainies) melakukan perbuatan tidak bermoral pada tempat,masa dan tarikh sama.
Bagi pertuduhan itu,Mohamad Aliff didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997,manakala Nur Ruhainies didakwa mengikut Seksyen 27 (b) akta yang sama,yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun jika sabit kesalahan.
Pada 13 Jun,Mohamad Aliff dan isterinya pelakon Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah,sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini. - BERNAMA
JPJ KL sita 43 kenderaan dipandu warga asing
Segamat Inland Port diaktifkan semula
Asatizah muda benteng pertahan, bimbing akidah masyarakat – MB Negeri Sembilan
LRT3 sasar 67,000 penumpang sehari pada tahun pertama
Kerajaan belum komersial tanaman bawang putih, elak petani rugi
Kurang satu peratus penerima BUDI95 guna lebih 200 liter sebulan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur