2024-10-17 HaiPress

Liew Chin Tong
KUALA LUMPUR,17 Oktober- Melalui sesi dialog,forum dan perbincangan dengan negara-negara anggota BRICS (Brazil,Russia,India,China dan Afrika Selatan) membuka peluang lebih luas kepada Malaysia untuk mempelbagaikan dan memperkukuh hubungan strategik dengan negara-negara anggota terbabit.
Timbalan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata,Malaysia sedang giat melakukan usaha-usaha bagi meraih sokongan daripada negara-negara anggota BRICS berhubung hasrat Malaysia untuk menyertai organisasi berkenaan.
"Penglibatan dalam dialog dan perbincangan ini membuka peluang yang lebih luas kepada Malaysia untuk mempelbagai dan memperkukuhkan hubungan strategik dengan negara-negara anggota BRICS," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sri Gading Aminolhuda Hassan mengenai perkembangan terkini cadangan dan kesan sekiranya kerajaan menyertai blok ekonomi BRICS.
Liew Chin Tong juga berkata,dengan penyertaan itu ia selaras dengan komitmen Malaysia untuk memajukan dan memperluaskan agenda Global South yang boleh dijadikan landasan untuk mengetengahkan isu dan cabaran khusus yang mendepani negara-negara Selatan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur