2024-10-17 HaiPress

Timbalan Ketua Pengarah Operasi MetMalaysia,Dr Mohd Hisham Mohd Anip/ RTM
KUALA LUMPUR,17 Oktober - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan berlaku keadaan cuaca hujan lebat luar biasa sepanjang bulan Oktober hingga Disember depan.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Operasi MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip,data analisis model-model cuaca MetMalaysia menunjukkan keadaan cuaca berlaku ketika ini disebabkan peralihan monsun lebih lembap dipengaruhi oleh fenomena El Nino.
"Selain merujuk kepada model-model antarabangsa,kita juga ada satu pusat dipanggil ASEAN Specialised Meteorological Centre.
"Ia bagi membuat unjuran berkenaan dengan cuaca yang akan datang dan laporan dikeluarkan juga tidak menunjukkan sebarang keadaan hujan lebat yang mungkin antara Oktober sehingga Disember," ujar Dr Mohd Hisham.
Justeru,orang ramai diingatkan untuk lebih peka dengan maklumat cuaca semasa selain perlu mendapatkan maklumat sahih daripada agensi-agensi berkaitan terutama MetMalaysia.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur