2024-10-17 HaiPress

Tan Sri Azam ditemui pada sidang media selepas merasmikan Program Persidangan Meja Bulat Ketua Pesuruhjaya SPRM bersama bank-bank komersial di ibu negara.
KUALA LUMPUR,17 Oktober - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat 20 projek Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) yang dipercayai ada kaitan dengan aktiviti rasuah.
Ketua Pesuruhjayanya,Tan Sri Azam Baki berkata,siasatan juga dijalankan ke atas lima syarikat yang didakwa memiliki saham membabitkan beberapa individu termasuk ahli politik yang dikaitkan dengan kes itu.
Beliau turut mengesahkan penahanan semula bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) MBI berusia 45 tahun,yang ditahan reman selama seminggu bermula hari ini bagi mengumpul keterangan.
"Kita akan menyiasat 20 projek berdasarkan maklumat sama ada wujud aktiviti berbentuk rasuah. Bagaimanapun,saya tidak boleh menyenaraikan projek-projek berkenaan. Saya menunggu pegawai penyiasat menyelesaikan tugas mereka bagi mengumpul keterangan dan sebagainya termasuk memanggil sesiapa sahaja tidak kira ahli politik atau sebagainya untuk menjalankan siasatan," katanya.
Tan Sri Azam juga memaklumkan,pihaknya menggeledah enam kediaman yang disyaki lokasi penyimpanan hasil wang suapan di sekitar Lembah Klang,semalam.
Hasil penggeledahan membawa kepada penyitaan wang tunai berjumlah RM600,000.
Beliau ditemui pada sidang media selepas merasmikan Program Persidangan Meja Bulat Ketua Pesuruhjaya SPRM bersama bank-bank komersial di ibu negara.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur