2024-10-17 HaiPress

Tekong bot Mokhtar Yusof,69,yang demam dibawa pulang menaiki bot Perkasa 49 selepas insiden tiga nelayan dikhuatiri hilang ditemui selamat pagi tadi/ BERNAMA
CHUKAI,17 Oktober- Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Kemaman pada Ahad lalu ditemukan selamat hari ini.
Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kemaman,Muhammad Faisal Abdul Rahim berkata mangsa ditemukan oleh bot nelayan tempatan di lokasi 25 batu nautika Tenggara Kuala Kemaman di perairan Kuantan.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada ahli keluarga mangsa kira-kira 5.30 pagi tadi yang memaklumkan berkaitan penermuan itu.
"Mangsa ditemukan selamat oleh bot nelayan Pahang yang sedang menangkap ikan berdekatan lokasi tersebut. Sejurus terima panggilan saya telah mengarahkan bot Perkasa 49 untuk ke lokasi penemuan.
“Bot dinaiki kesemua nelayan itu dipercayai mengalami kerosakan bateri," katanya kepada pemberita di Pangkalan Hadapan Carilamat Zon Maritim Kemaman di sini hari ini.
Muhammad Faisal berkata seorang daripada mangsa iaitu tekong bot Mokhtar Yusof,yang demam dibawa pulang menaiki bot Perkasa 49.
Bot yang rosak bersama dua lagi mangsa Mohd Syukri Mokhtar,46,dan Mohd Nasir Yusoff,telah ditunda menggunakan bot nelayan lain pada 12 tengah hari tadi dan dijangka tiba di Jeti Pangkalan Hadapan Zon Maritim Kemaman kira-kira 4 petang.
“Bot Perkasa 49 yang membawa Mokhtar tiba di Jeti Pangkalan Hadapan Zon Kemaman kira-kira 10.50 pagi tadi,” katanya.- BERNAMA
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur