2024-10-17 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,16 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM40.69 bilion daripada RM42.06 bilion pada pagi ini manakala dana Islam susut kepada RM14.01 bilion daripada RM14.14 bilion sebelumnya.
Terdahulu hari ini,bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.
BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang,bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM40.70 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM14.00 bilion,kedua-duanya bagi kematangan sehari.
Kadar semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 15 Okt. - BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur