2024-10-17 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,16 Oktober- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjejaki kenaikan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat,kata seorang peniaga.
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Oktober 2024 meningkat kepada AS$2,686.70 setiap auns troy daripada AS$2,661.30 setiap auns troy semalam manakala November 2024 berkembang kepada AS$2,704.00 setiap auns troy daripada AS$2,683.10 setiap auns troy sebelumnya.
Sementara itu,kontrak Disember 2024,Januari 2025 dan Februari 2025 semuanya ditutup tinggi kepada AS$2,709.80 setiap auns troy daripada AS$2,684.50 setiap auns troy semalam.
Jumlah dagangan susut kepada enam lot daripada 13 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka merosot kepada 27 kontrak daripada 33 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 15 Oktober 2024,harga fizikal emas berada pada AS$2,649.05 setiap auns troy. -BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur