2024-10-20 HaiPress

Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,624 kes pada Minggu Epidemiologi ke-41 (ME41) bagi tempoh 6 Oktober hingga 12 Oktober / Foto Hiasan / Fail
PUTRAJAYA,20 Oktober - Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,624 kes pada Minggu Epidemiologi ke-41 (ME41) iaitu bagi tempoh 6 Oktober hingga 12 Oktober,berbanding 1,639 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya,dengan satu kematian akibat komplikasi denggi.
Ketua Pengarah Kesihatan,Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME41 ialah 106,773 kes,berbanding 94,181 kes bagi tempoh sama pada 2023.
“Terdapat 96 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 67 kematian bagi tempoh sama pada 2023,” katanya menerusi kenyataan.
Beliau berkata,bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME41 pula sebanyak 38 lokaliti,berbanding 35 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.
Dr. Muhammad Radzi berkata daripada 38 lokaliti yang dilaporkan,22 lokaliti di Selangor,Negeri Sembilan (5),Pulau Pinang (4),Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (2),Sabah (2) serta masing-masing satu lokaliti di Pahang,Perak dan Kelantan.
Tambah Dr. Muhammad Radzi,bagi pengawasan chikungunya,terdapat dua kes direkodkan pada ME41 dan jumlah kumulatif kes chikungunya hingga kini ialah 80 kes.
Bagi pengawasan zika pula,beliau berkata sebanyak 2,125 sampel darah,12 sampel urin serta tiga sampel cecair serebrospinal telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur