2024-10-20 HaiPress

Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,20 Oktober - Peruntukan sebanyak RM635 juta bagi penambahbaikan prasarana,penggantian peralatan usang dan peluasan capaian internet di universiti awam (UA) menerusi Belanjawan 2025 mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan pendidikan berteraskan teknologi,kebajikan,dan peradaban.
Presiden Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI),Wan Mohd Wazir Wan Abdul Wahab berpandangan peruntukan tersebut perlu dimanfaatkan untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi kepada pelajar.
"Antara langkah yang boleh diambil adalah penambahbaikan prasarana universiti,termasuk memperbaiki bangunan,kuliah,makmal,perpustakaan,asrama dan kemudahan sukan," katanya kepada RTM.
MASTI turut menyeru universiti awam untuk meningkatkan kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) bagi memastikan keperluan golongan itu tidak diabaikan.
Sementara itu,MASTI turut menyambut baik usaha kerajaan untuk menaik taraf rangkaian jalur lebar di universiti awam,yang dianggap penting dalam menyokong inisiatif teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI).
"Universiti memerlukan hampir RM1 bilion untuk menggantikan kemudahan internet dan rangkaian teknologi maklumat sedia ada," katanya,merujuk kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi baru-baru ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur