2024-10-20 HaiPress

Menteri Belia dan Sukan,Hannah Yeoh / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,20 Oktober - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tetap akan menyalurkan bantuan kewangan untuk pembangunan atlet para,bagi memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat baharu yang menyertai temasya dan pertandingan akan datang.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh bagaimanapun berkata belanjawan itu,tidak akan disalurkan terus kepada Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) sebaliknya diberikan kepada pihak yang terlibat,seperti Majlis Sukan Negara (MSN) dan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).
“Dalam belanjawan kali ini memang ada (pembangunan atlet para),cuma duit itu tidak disalurkan kepada MPM. Bagaimanapun ia dibuat oleh kerajaan menerusi JBSN dan MSN.
“Kalau MPM nak buat (pembangunan atlet para),mereka kena cari dana sendiri dan tak boleh bergantung kepada kerajaan sahaja untuk keluar duit. Malah kerajaan juga tak bagi duit kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) (pembangunan atlet),” katanya ketika ditemui semasa pelepasan Program Jalan Untuk Sihat 2KM dan Kempen Lawan Kanser di sini hari ini.
Terdahulu Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berharap KBS akan mempertimbangkan peruntukan sebanyak RM15 juta kepada pihaknya.
Beliau berkata peruntukan berkenaan akan diagihkan kepada 25 persatuan sukan para kebangsaan dan digunakan untuk tujuan pembangunan atlet yang berada di luar program MSN terutamanya bagi peringkat akar umbi.
Dalam pada itu Program Jalan Untuk Sihat 2KM yang dianjurkan hari ini,melibatkan 200 peserta yang bertujuan untuk memberi kesedaran berkaitan kanser payudara selain mempromosikan gaya hidup sihat.-BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur