2024-10-20 HaiPress

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil menunjukkan buku Belanjawan 2025 ketika menghadiri pembentangan Belanjawan 2025,Jumaat lalu/ BERNAMA
PUTRAJAYA,20 Oktober- Kementerian Komunikasi telah diperuntukkan sebanyak RM2.55 bilion dalam Belanjawan 2025 bagi memperkasa jaringan dan infrastruktur telekomunikasi serta komunikasi sosial.
Selain itu,ia juga bagi memperkukuh masyarakat dengan maklumat yang tepat dan sahih menerusi kandungan kreatif,penerangan dan penyiaran yang berintegriti.
Kementerian Komunikasi menerusi kenyataan berkata keutamaan diberikan kepada pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif,demi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat.
"Kementerian Komunikasi menyambut baik pengumuman Belanjawan 2025 yang merupakan kesinambungan kepada ikhtiar Kerajaan Madani untuk memperkasakan ekonomi dan mengangkat martabat rakyat.
Menurut kenyataan itu,sebanyak RM100 juta disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),untuk lima tahun bagi memperkasa fungsi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara,bagi meningkatkan pendapatan rakyat melalui aktiviti keusahawanan dalam talian.
"Menerusi MCMC juga,kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta bagi Program Ketersambungan Infrastruktur Jalur Lebar Talian Tetap ke sekolah luar bandar dan RM120 juta kepada universiti awam,sekolah,kem tentera serta institusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk capaian Internet yang lebih meluas",katanya.
Sementara itu,projek 'Point of Presence' (PoP) sedia ada pula dilanjutkan dengan peruntukan lebih RM800 juta agar kemudahan internet pantas dinikmati berterusan.
"Industri seni kreatif negara terus diberikan keutamaan melalui peruntukan Dana Kandungan Kreatif (DKK) yang sebelum ini dikenali sebagai Dana Kandungan Digital (DKD). Peruntukan dinaikkan kepada RM65 juta bagi mempromosi karya-karya berteraskan semangat kenegaraan.
Manakala,sebanyak RM25 juta diperuntukkan kepada MyCreative Ventures (MyCV) melalui suntikan ekuiti kepada syarikat berpotensi tinggi dan pembiayaan untuk usahawan sosial kreatif.
Kerajaan terus menyokong penerbitan filem antarabangsa di Malaysia dengan peruntukan hampir RM40 juta di bawah Insentif Penerbitan Filem Malaysia (FIMI).
Selain itu,untuk menarik lebih ramai anak muda menceburi bidang seni,sebanyak RM30 juta diperuntukkan bagi Program Belia Kreatif MADANI merangkumi bengkel kemahiran videografi kandungan kreatif,pembangunan komuniti filem serta pertandingan filem pendek yang akan memanfaatkan 16,000 belia.
Belanjawan ini juga memastikan sistem penyampaian awam lebih terangkum menerusi penambahbaikan perkhidmatan Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC),bagi memenuhi keperluan pemanggil dari golongan orang kurang upaya (OKU).
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur