2024-10-20 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,19 Oktober- Ringgit dijangka kekal stabil minggu depan,walaupun ia mungkin menghadapi tekanan menurun berikutan prospek optimis semasa terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pada masa ini dolar AS nampaknya berada dalam kedudukan yang menggalakkan.
Gabenor Rizab Persekutuan (Fed) AS Christopher Waller menyarankan pendekatan yang lebih berhati-hati terhadap pemotongan kadar berikutan data-data ekonomi terkini yang menyerlahkan kekuatan ekonomi dan pasaran buruh di AS,menurut laporan terkini media.
“Bank Pusat Eropah (ECB) baru-baru ini telah mengurangkan kadar,dan terdapat kemungkinan untuk mengurangkannya lagi pada mesyuarat akan datang,sebahagian besarnya disebabkan oleh ekonomi Eropah yang lembap,khususnya ekonomi Jerman.
“Sementara itu,Jepun tidak mungkin menaikkan kadar faedah dan beberapa negara ASEAN telah pun mula memotong kadar dasar mereka,dengan Thailand adalah yang terbaharu menyertai kitaran pemotongan kadar,” katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun,Mohd Afzanizam menambah Belanjawan 2025 Malaysia mengesahkan komitmen kerajaan untuk mengecilkan defisit belanjawan kepada 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025,yang boleh disifatkan positif oleh agensi-agensi penarafan kredit.
Sementara itu,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding dolar AS sepanjang minggu,terjejas oleh dolar AS yang lebih kukuh disokong kadar faedah yang lebih tinggi.
Pada asas Jumaat ke Jumaat,ringgit jatuh berbanding dolar AS kepada 4.3045/3075 daripada 4.2865/2910 pada minggu lalu.
Tetapi ia diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding euro,ditutup kepada 4.6674/6706 daripada 4.6886/6935 dan tinggi sedikit berbanding yen Jepun kepada 2.8708/8730 daripada 2.8780/8812 ketika ditutup minggu lepas.
Mata wang tempatan itu lemah berbanding pound Britain kepada 5.6109/6148 daripada 5.6016/6075 sebelumnya.
Ringgit juga mencatatkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN. Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2791/2817 daripada 3.2824/2861 dan melonjak berbanding peso Filipina kepada 7.48/7.49 berbanding 7.49/7.50 pada minggu sebelumnya.
Bagaimanapun,ia jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.9579/9916 daripada 12.8504/8704 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 278.0/278.3 daripada 275.1/275.5 pada minggu lepas. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur