2024-10-20 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,19 Oktober- Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan dengan kecenderungan meningkat,kata pakar industri Denis Low.
Beliau berkata pasaran telah dipengaruhi ketidaktentuan dan keadaan di luar jangka seperti cuaca yang sentiasa berubah terutamanya hujan lebat tanpa henti.
“Justeru,fenomena sebegini menyebabkan harga dan permintaan menjadi tidak menentu dan apabila berlaku ketidaktentuan,harga cenderung untuk meningkat,” katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu,Low berkata fasa peralihan monsun yang akan datang di wilayah pengeluar getah akan menghalang produktiviti getah dan mungkin meningkatkan aktiviti stok.
"Dalam apa jua keadaan,dengan kekurangan bekalan,pasaran getah seiring dengan kekurangan permintaan juga kerana ekonomi China sedang bergelut dengan masalah yang dihadapinya,” katanya.
Seorang lagi peniaga berkata harga akan terus menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau,kekuatan ringgit berbanding dolar US selain harga minyak mentah penanda aras dan bekalan getah asli yang terhad dalam persekitaran jangkaan penurunan kadar faedah AS lebih kecil.
Beliau berkata pengendali pasaran akan terus memantau perkembangan terbaharu mengenai ekonomi AS dan China terutamanya petunjuk mengenai penurunan kadar faedah,pelaksanaan rangsangan China,perkembangan Peraturan Penebangan Hutan EU (EUDR) dan konflik geopolitik di Timur Tengah.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) meningkat 21 sen untuk menutup minggu ini pada 872.5 sen sekilogram berbanding 704.0 sen sebelumnya.
Susu getah pukal pula naik sembilan sen untuk menutup dagangan kepada 757 sen sekilogram daripada 748.5 sen sebelumnya.
Pada 5 petang,harga rujukan LGM bagi getah fizikal GMM 20 berada pada 871 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 757 sen sekilogram.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur