2024-10-21 HaiPress

Foto RTM
SUNGAI PETANI,21 Oktober – Ahli Pengakap di Kedah diseru untuk tampil membantu mangsa banjir di negeri tersebut,yang dilanda musibah sejak beberapa minggu lalu. Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Kedah,Datuk Dr. Zulkifly Mohamad,berkata ahli pengakap perlu menguatkan semangat kesukarelawanan mereka serta memberi perkhidmatan kepada masyarakat,selaras dengan ikrar pengakap untuk membantu pada setiap masa.
Menurut beliau,usaha membantu mangsa banjir ini bukan sahaja dapat meringankan beban yang ditanggung penduduk,tetapi juga mampu memupuk semangat persahabatan dan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan ahli pengakap.
“Saya percaya dengan adanya usaha bersama ini,kita dapat membentuk generasi pengakap yang cemerlang,bukan sahaja dari segi aktiviti,tetapi juga dalam akhlak dan budi pekerti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pengalungan Manikayu Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah Tahun 2024 yang diadakan di sini,menyaksikan seramai 111 ahli pengakap dari pelbagai peringkat menerima anugerah Manikayu.
Manikayu adalah pengesahan bagi setiap pengakap dewasa yang telah berjaya menyempurnakan Kursus Kepimpinan Manikayu,yang melibatkan empat peringkat latihan,dan diberikan oleh Pasukan Latihan Persekutuan Pengakap Malaysia.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur