2024-10-21 HaiPress

Foto REUTERS
KUALA LUMPUR,21 Oktober-Situasi keselamatan di perairan Laut China Selatan masih kekal selamat dan terkawal.
Kawasan perairan itu juga bebas dan terbuka untuk komuniti maritim.
Timbalan Menteri Pertahanan,Adly Zahari menjelaskan kehadiran aset maritim China di Laut China Selatan (LCS) lebih bersifat kepada pasukan pengawal pantai dan bukannya kapal perang tentera laut China.
"Secara amnya situasi keselamatan di Laut China Selatan (LCS) adalah selamat dan terkawal.
"Perairan di LCS kekal bebas dan terbuka kepada komuniti maritim. Kehadiran aset maritim China di LCS adalah lebih kepada pasukan pengawal pantai China dan bukan kapal perang tentera laut China. Perkara ini selaras dengan Zon Kelabu (Grey Zone) yang sedang dilaksana",katanya ketika menjawab soalan ahli parlimen Jelebu,Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Tegas Adly,MINDEF komited kekal mempertahankan kedaulatan negara disamping sentiasa memastikan aset sentiasa berada di tahap optimum.
Adly turut memaklumkan peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN akan dimanfaatkan sepenuhnya ke arah memuktamadkan Kod tatacara Laut China Selatan bagi mengelakkan konflik dan ketegangan di kawasan perairan tersebut berlaku.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur