2024-10-21 HaiPress

Gambar hiasan
IPOH,21 Oktober - Insiden gegaran yang dirasai di beberapa kawasan sekitar Ipoh pagi tadi bukan berpunca daripada aktiviti peletupan di kuari.
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak,Nizarul Ikram Abdul Rahim,mengesahkan tiada kerja peletupan batu dijalankan pada waktu kejadian pagi tadi.
"Berdasarkan jadual dan rekod tiada sebarang kerja peletupan batu di kuari pada masa kejadian iaitu kira-kira 11.05 pagi tadi," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Tambah beliau,kerja peletupan di kuari hanya dibenarkan dijalankan antara pukul 12 tengah hari hingga 5 petang,dari Isnin hingga Khamis.
Kerja peletupan seperti yang disyaratkan dalam Surat Kebenaran Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) dan Surat Kebenaran Skim Kuari (SKSK).
Beliau turut memaklumkan bahawa insiden gegaran seumpama itu pernah berlaku dua kali sebelum ini,iaitu pada Jun 2012 dan 4 Oktober 2018.
Kedua-dua kejadian itu berlaku antara 11.00 hingga 11.15 pagi.
Sementara itu,Ketua Polis Daerah Ipoh,ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad,mengesahkan pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.
Antara kawasan yang merasai gegaran ialah Bandar Baru Putra,Bercham,Medan Istana,Meru,dan Manjoi.
Terdahulu,tular di media sosial penduduk sekitar kawasan berkenaan mendengar bunyi letupan yang kuat dan turut merasai gegaran.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur