2024-10-21 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,21 Oktober - Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyatakan kesediaan untuk membantu mempertingkat latihan kemahiran dalam sektor pertanian,susulan penurunan kebolehpasaran graduan pertanian sebanyak 5.6 peratus pada tahun lalu.
Timbalan Menteri Sumber Manusia,Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad,berkata,antara tahun 2020 hingga 2024,hanya seramai 236 pekerja kemahiran dalam sektor pertanian,perhutanan,penternakan,dan perikanan direkodkan.
Angka itu diakui jauh lebih rendah berbanding sektor lain.
"Pada tahun 2020,hanya 73 pekerja dalam bidang pertanian dan sektor berkaitan direkodkan,dan walaupun jumlah tersebut meningkat,ia masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan sektor lain seperti pengurusan (40,000 pekerja) dan pertukangan (6,000 pekerja).
"Sektor profesional pula mencatatkan 75,000 pekerja," katanya di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Padang Terap.
KESUMA melalui agensi seperti HRD Corp,Talent Corp,dan Tabung Kemahiran bersedia untuk membantu melatih lebih ramai tenaga kerja dalam sektor pertanian.
Timbalan Menteri turut menekankan kepentingan menangani penurunan kemahiran dalam sektor ini bagi memastikan kelangsungan dan pembangunan sektor pertanian di Malaysia.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur