2024-10-21 HaiPress

Pengarah Kesihatan negeri Terengganu,Datuk Dr Kasemani Embong / Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU,21 Oktober - Jabatan Kesihatan negeri Terengganu (JKNT) bekerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasa,termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan AktaKawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852).
Pengarah Kesihatan negeri,Datuk Dr Kasemani Embong berkata Operasi bersepadu bersama PDRM membolehkan tindakan dikenakan berdasarkan undang-undang dan peranan agensi penguatkuasa lain.
Ia bagi mengekang penjualan produk merokok berbentuk permainan yang boleh menarik perhatian golongan kanak-kanak dan remaja.
Tindakan serta merta dikuatkuasakan,membabitkan pengiklanan dan promosi serta tajaan semua jenis produk merokok serta tempat larangan penjualan produk merokok termasuk rokok elektronik di institusi pendidikan dan pasar jualan.
"AKTA 852 ini memerlukan komitmen jabatan penguatkuasa lain dan masing-masing mempunyai peranan," katanya.
Datuk Dr Kasemani berkata demikian selepas merasmikan pelancaran Ops Cakna Akta 852 peringkat negeri 2024.
Mengulas lanjut,Dr Kasemani memberitahu 325 pegawai dan anggota penguatkuasa JKNT sudah digerakkan melaksanakan operasi tersebut.
Namun tumpuan ketika ini berbentuk aktiviti advokasi pendidikan serta sesi penerangan berkaitan dengan Akta 852.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur