2024-10-21 HaiPress

Zambry Abdul Kadir / Foto RTM
PUTRAJAYA,21 Oktober- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tegas mempertahankan kebebasan ahli akademik universiti tempatan dalam menyuarakan pandangan.
Menterinya,Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kebebasan itu perlu bersandarkan kepada kepakaran masing-masing.
Beliau juga tidak mahu sebarang tindakan yang diambil oleh pihak universiti,termasuk di bawah Akta 605 Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj),menyekat golongan itu daripada bersuara.
"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kebebasan akademik di universiti tetap dipertahankan.
"Saya tidak mahu ada sebarang langkah yang diambil yang cuba mengekang. Cuma,pada masa yang sama,ahli akademik ketika menyampaikan pandangan mereka mestilah berasaskan kepada bidang dan disiplin mereka," katanya selepas merasmikan Majlis Konvensyen Akademia 2024 di sini.
Seramai 200 ahli akademik mewakili universiti tempatan hadir dalam konvensyen anjuran Akademi Profesor Malaysia itu.
Dalam pada itu,Zambry berkata pendidikan tinggi merupakan agenda besar yang akan dibincangkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN 2025.
Menurutnya,kebanyakan negara ASEAN menyambut baik cadangan itu yang mengkhususkan perbincangan dalam konteks pendidikan tinggi di ASEAN.
Beliau turut meletakkan harapan agar semua ahli akademik dan kakitangan universiti dapat membantu dalam menjayakan agenda tersebut.
"Negara-negara ASEAN pada umumnya bersetuju agar akan ada mesyuarat menteri-menteri pendidikan tinggi selepas mesyuarat menteri-menteri pendidikan ASEAN.
"Jadi,Perdana Menteri telah meminta agar kita aturkan program tersebut supaya ada mesyuarat khas yang berkaitan dengan pendidikan tinggi melibatkan menteri-menteri dari negara ASEAN," katanya.
Katanya,kebanyakan negara ASEAN meletakkan pendidikan di peringkat sekolah dan pengajian di universiti di bawah satu kementerian.
Bagaimanapun,beberapa negara anggota termasuk Thailand,Singapura,dan Indonesia telah mula mewujudkan dua kementerian berasingan.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur