2024-10-21 HaiPress

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,21 Oktober - Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini,meneruskan momentum positif minggu lepas,didorong oleh minat belian yang berterusan terhadap mata wang tempatan,kata penganalisis.
Pada 8.11 pagi,mata wang tempatan naik kepada 4.2960/3095 berbanding dolar AS daripada 4.3045/3075 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata berdasarkan China dilihat lebih terbuka untuk memberikan rangsangan monetari tambahan bagi menyokong pertumbuhan,mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit,dijangka kekal positif sepanjang hari.
“Selain itu,peserta pasaran masih meneliti pengumuman Belanjawan 2025 yang dibentangkan pada Jumaat lepas apabila pengukuhan fiskal dijangka berterusan dengan defisit fiskal berkemungkinan berkurangan kepada 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2025 daripada anggaran 4.3 peratus tahun ini.
“Dengan komitmen terhadap pengukuhan fiskal,langkah itu akan menyokong ringgit berikutan belanjawan tersebut boleh dianggap sebagai positif dari segi kredit,” katanya kepada Bernama hari ini.
Dalam dagangan awal,ringgit kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia merosot berbanding euro kepada 4.6680/6827 daripada 4.6674/6706 pada Jumaat lepas dan susut berbanding yen Jepun kepada 2.8759/8851 daripada 2.8708/8730.
Bagaimanapun,mata wang tempatan mengukuh berbanding pound kepada 5.6046/6222 daripada 5.6109/6148 sebelum ini.
Sementara itu,ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Mata wang tempatan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9792/13.0363 daripada 12.9579/9916 pada Jumaat lepas.
Ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.2791/2897 daripada 3.2791/2817 pada Jumaat lepas,bagaimanapun ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.47/7.50 daripada 7.48/7.49 dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 277.4/278.5 daripada 278.0/278.3 sebelum ini. - BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur